PENGENALAN
Selamat datang ke laman blog USAHAWAN JAHITAN ini. Bagaimanakah caranya untuk anda yang ingin memulakan dunia jahitan dengan paling termudah serta pantas mendapatkan kewangan yang hebat. Segala apa yang tercatat disini adalah melalui pengalaman dan pelajaran yang telah saya lalui. Pada zaman kini terdapat beribu-ribu rakyat yang terlibat di dalam dunia jahitan. Cuma berjaya dan kurang berjaya sahaja. Mungkin dengan apa yang saya tuliskan disini sedikit sebanyak dapat membantu anda mempercepatkan impian anda untuk bergelar seebagai Raja Pakaian yang mewah.
MENJAHIT??MENYULAM??KRAFTANGAN??USAHAWAN MENJAHIT??
MENJAHIT??MENYULAM??KRAFTANGAN??USAHAWAN MENJAHIT??
APA YANG ADA DENGAN PERKATAAN-PERKATAAN DIATAS??
Menjahit, menyulam, menghasilkan kraftangan serta melibatkan diri sebagai usahawan dalam bidang ini adalah satu kuasa bagi mereka untuk memperolehi pendapatan yang lumayan yang sama taraf dengan usahawan-usahawan yang ada sekarang. Biasanya menjahit sentiasa didengar hanya kaum wanita yang sentiasa terlibat didalam bidang ini. Kini kaum lelaki mulai berjinak-jinak didalam bidang jahitan ini termasuklah diri saya sendiri. Semua manusia berhak menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi saya ciptakan blog ini untuk mengumpul dan membantu insan-insan yang mempunyai keinginan untuk berjaya didalam dunia jahitan. Blog ini akan membawa anda ke dunia jahitan yang terbaik serta mudah untuk anda untuk anda memulakan perniagaan jahitan anda.
APA YANG ADA DENGAN MENJAHIT?
Dunia perniagaan jahitan adalah amat luas.KENAPA?. Manusia sentiasa inginkan kepuasan ketika mengenakan pakaian yang cantik dan berkualiti.Cuba bayangkan sekiranya anda menjahit sepasang baju dan mengenakan upah RM30 untuk sepasang, anda cuma perlu menjahit sepasang baju dalam sehari dan seterusnya mempunyai RM900 dalam sebulan. Upah menyembat RM1 untuk sepasang, upah jahit corak leher RM5 hingga RM8..Wow tiada had anda boleh dapatkan duit. Itu belum lagi anda buka beberapa cawangan lagi. Anda sendiri pun tidak percaya pada diri anda selagi tidak terlibat dalam bidang ini.
Menjahit adalah seni lambang kasih sayang didalam keluarga anda. Cubalah menjahit pakaian untuk anak-anak, emak, ayah, suami, adik dan sesiapa sahaja dalam keluarga anda. Bagi yang memakai, mereka akan sentiasa mengingati anda apabila mengenakan pakain yang anda buatkan.Seorang cucu akan ingat kepada neneknya,suami akan sentiasa ingat pada isterinya. Apabila terjadi situasi seperti ini kepada anda Insyallah keluarga anda akan bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang antara satu sam lain. Hasil jahitan dapat dihadiahkan kepada orang yang tersayang (suami dan anak). Dapat meluangkan banyak masa bersama anak-anak dirumah berbanding bagi wanita yang bekerja di luar.
Di Malaysia kini ramai keluarga yang berpecah belah disebabkan penceraian ibubapa disebabkan kurang kasih sayang dan masalah kewangan sepanjang masa.Mengikut statistik penceraian, kebanyakkan adalah disebabkan masalah kewangan serta kurangnya kasih sayang antara satu sama lain. Bukan saya hendak mengatakan orang melayu tidak baik tapi kenyataannya orang melayu yang paling ramai bercerai berbanding dengan bangsa-bangsa lain. LIHAT STATISTIK INI
Apakah permintaan dan keinginan wanita?? JAWAPANNYA ialah mengelakkan keluarga dari kesusahan Apakah masalah yang selalui dirisaukan oleh wanita?? JAWAPANNYA ialah keluarga berada dalam keadaan yang bermasalah, masalah kewangan dan berpecah-belah
Untuk pandai di dalam dunia jahitan memang banyak cabaran yang akan anda tempuhi.Secara tidak langsung ia dapat memperkukuhkan kesabaran dan seseorang dapat memikirkan sesuatu dengan pandangan yang lebih luas dan terbuka. Pada permulaan anda ingin memulakan, anda akan hadapi pelbagai cabaran seperti tidak tahu menjahit, tidak tahu menggunakan peralatan, tidak yakin untuk memotong pakaian dan banyak lagi. Kini terdapat beribu tukang jahit lelaki yang telah berjaya meletakkan diri didalam bidang ini. Sebagai wanita tidak tercabarkah anda? Saya akan tekankan pada peserta tentang penggunaan peralatan terlebih dahulu sebelum anda mula memegang kapur dan gunting. Anda faham apa yang saya maksudkan ini? Maksudnya, kena pandai pakai mesin jahit dulu.
Anda telah membuktikan pada suami anda tentang diri anda kepada suami anda sehingga anda dapat mencari pendapatan anda sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada suami lagi. Silap-silap suami pula yang memerlukan bantuan daripada anda. Bukankah penting menjahit?. "Sediakan payung sebelum hujan" satu ungkapan yang sepatutnya ada didalam fikiran anda pada masa kini. Sampai bilakah anda ingin bergantung harap pada suami anda.? Bukankah suami akan berbangga dengan anda sekiranya anda mahir menyiapkan pakaian untuk keluarganya.?
Cuba anda bayangkan berapa banyak duit yang anda sudah belanjakan dalam setahun untuk menampung pemakaian keluarga anda.RM 2000! RM3000???Bukankah anda dapt berjimat sekirannya anda sendiri yang siapkan setiap pakaian dan perhiasan rumah anda. Itu belum termasuk pendapatan menjahit anda lagi. Anda dengan senang hati telah berjaya mempunyai simpanan untuk masa depan kelak.
Aktiviti yang sihat untuk keluarga
KEPENTINGAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG
- "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".Anak-anak yang mendapat pendidikan awal dalam bidang jahitan adalah sangat digalakkan oleh setiap ibubapa.Ia akan memupuk sikap berdikari kanak-kanak apabila meningkat dewasa nanti
- Secara tidak langsung dapat menjamin kehidupan mereka pada masa akan datang walaupun mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik
- Mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dengan anak
- Mengisi masa lapang sendiri dengan membuat sesuatu yang lebih berfaedah
- Dapat meningkatkan daya kretiviti seseorang kanak-kanak
Pada zaman moden ini, terdapat ramai wanita yang merasakan ketidakpuasan hati terhadap kehipan mereka. Dimanakah terletaknya keluarga anda? Bahagia? Tidak bahagia?. Sehinngga ada juga yang mengalami situasi seperti ini :
SENARIO DALAM KEHIDUPAN WANITA ZAMAN KINI
Masalah kewangan tetapi dapat mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain
+ MASALAH KEWANGAN
Tiada masalah kewangan dan dapat mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain
+ TIADA MASALAH KEWANGAN
Tiada masalah kewangan tetapi tidak dapat mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain
+ TIADA MASALAH KEWANGAN
Masalah kewangan, sehinggalah tidak dapat memberikan kasih sayang antara satu sama lain
+ MASALAH KEWANGAN
PUNCA DAN MASALAH
Tekanan daripada suami isteri yang bekerja
Keadaan ini menunjukkan suami isteri bekerja dan menyebabkan kedua-duanya mempunyai teekanan kerja.Ini menyebabkan komunikasi antara kedua-dua pasangan tidak begitu baik
Tekanan daripada suami yang bekerja
Suami akan pulang kerumah dalam keadaan yang tertekan selepas bekerja dan apabila melihat isteri tidak bekerja ia akan menyebabkan hubungan itu kurang mesra
Kurang keserasian antara satu sama lain
Setelah kedua-dua pasangan sentiasa bergaduh ini akan menyebabkan pergaulan berkurangan. Hubungan tiada lagi kasih sayang serta bertolak ansur. Jika fenomena ini berterusan akan mengakibatkan munculnya pihak ketiga dala perhubungan
Tekanan masalah kewangan
Bertambah lagi dengan masalah yang besar iaitu tiada kewangan berkemungkinan tiada lagi tanggungjawab didalam keluarga. Maka keluarga itu boleh berpecah belah
Mengapakah kebanyakan pada masa dahulu banyak yang berkekalan?Walaupun ada juga yang mendapat tentangan daripada kedua-dua pihak?
KERANA:
Setiap orang sentiasa mempunyai sumbangan tertentu, hasil dari air tangan dan sentuhan yang ikhlas
Berkomunikasi dengan ikhlas
Dapat menunjukkan kasih sayang
Bersama-sama memikul beban kewangan



